Assalamualaikum..
Bangun pagi-pagi, terus sambung tidur sampai kepala pening..ok tipu..sebenarnya terbaca email dari ofis.. ada lagi isu hot tentang sbpa..yang tak best nya, tak ada pula isu tentang ds45. Eh, kenapa sejak dua menjak ni bercakap pasal gaji je? hehehe bukannya nak complaint, tapi rasanya, cukup-cukuplah kan...orang dah bagi rezeki (dengan motif ada udang di sebalik mee...biasalah tahun depan kan #@$SA$!@#) faham sendirilah) tapi hakikatnya, apa yang diorang buat tu mengkaji sepenuh-penuh kajian macam researcher kaji ke tak? ke sekadar untuk menambah perencah ke dalam masakan yang dah tak effect apa pun kalau tambah rencah? ok..push stop.
Dan saya ada crawl blog-blog / forum-forum untuk baca hal sbpa yang macam-macam ragam. paling latest baca blog ini MAT KEDAH . Tak perlu baca dengan teliti sangat jadual A vs B, tapi baca komen-komen tu. Apalah sangat pensyarah dengan cikgu. Cikgu ada tugasannya, Pensyarah pun ada tugasannya. Rata-rata saya rasa tugas sama sahaja, tetapi Pensyarah lagi besar tanggungjawabnya...pensyarah bukan sekadar berfikir untuk menyelesaikan masalah, tapi memikirkan masalah dan memikirkan penyelesaiannya (research/journal/conference/paper dll -all about research/grant). Bukan nak menidakkan mana-mana pihak, tapi fikir rasionallah.. kalau itu kerja yang kita buat, itulah hasil yang kita dapat, Allah tu kan Maha Adil... Memang betul komen-komen yang menyuarakan tugasan pensyarah sebenar. Kalau cikgu merungut ada tugasan kena buat kertas kerja, lepas waktu mengajar pun kena turun padang, waktu cuti macam tak cuti. For me, benda tu lebih kurang jadi kat IPTA..even namanya ipta cuti semester, tapi kita kena datang bekerja juga, kena buat paperwork untuk program lagi, apa pun kena ada kerja. kadang-kadang kena berurusan dengan kementerian untuk sesuatu program. Ada ke yang tolong? kita buat sendiri.. Mesyuarat sana sini, seminar jangan cakaplah, ada je memanjang. Pensyarah pun ada student kena jaga (student postgrad yang dah matang tapi kalau silap penjagaan, nama baik pun tercalar..) bukan setakat jaga, tapi kena nilai, kena research pula tu untuk make sure depa duk dalam jalan yang peruh keberkatan...hehehe
Macam-macamlah kan...(ending biasa - pasrah dan redha) tak yah nak fikir sangat kenaikan orang itu hebat, tak adil ke apa ke... kalau tak puas hati tu, macam entry ku sebelum ni la, setakat tak puas hati dengan diri sendiri tu bolehlah..hahaha gaji naik + epf naik + pcb pulak tu...tak puas hati dengan ni boleh lah kan...tapi kalau tak puas hati gaji orang tu naik, gaji orang ni turun..ish..rasanya kalau kiamat 2012 pun orang tak habis bercakap... kita ni kan macam bola yang digolek-golek...heh?? teringat kisah ayam golek en.Ipoh tempoh hari.. kureng asam dia.. :p
yang penting ikhlaslah....kalau ada benda kita rasa betul, kita juangkan...kalau tak de dan rasa dah buat research setebal buku sifir tu, tolak lah ketepi ketidakpuasan hati kita..
Ehhhhh~ lupa~~ jom solat Dhuha...insyaAllah rezeki kita akan diberkati olehNya.. :)
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
**Eh~ motif entry ni bukan nak cakap gaji pensyarah naik lebih dari cikgu tau! haha gaji sye lagi lah maintain je, kenaikan gaji lagi bawah dari cikgu..hehe peace!
**Eh~ motif entry ni bukan nak cakap gaji pensyarah naik lebih dari cikgu tau! haha gaji sye lagi lah maintain je, kenaikan gaji lagi bawah dari cikgu..hehe peace!





0 comments:
Post a Comment