salam..
terpanggil untuk mengomen isu bahasa jiwa bangsa. ini gara-gara saya baca kat wallpost fb, blog dan lain-lain. kes utamanya sebab adam adli , student upsi. saya pun orang upsi, makan gaji di upsi. halalkanlah rezeki saya yang berpunca di upsi-perak-malaysia tercinta ini...
berbalik hal bahasa..tak terbuka ke fikiran kita pada hamba-hamba Allah yang lain? dia seorang ke yang berbahasa macam tu? saya rasa ramai lagi kat luar sana pun banyak menggunakan bahasa kotor, no boundaries, tak terkira orang tu orang bawahan ke orang atasan, kalau bermain dengan fikiran yang kotor, mahupun hidup dalam environment yang kurang sihat, bahasa itu rasanya dah jadi kebiasaan mereka. wallahualam. sebagai contoh: semalam saya ke t3sco nak survey harga barang dan beli sikit barang yang dipesan. Hinggalah saat saya nak mencari liquid paper, berapa kali tawaf rak-rak stationery kat sana, tapi tak jumpa. Last-last saya nampak pekerja t3sco sedang susun barang, saya pergi tanya kat pekerja ni yang cantik bertudung dengan harapan dapatlah liquid paper yang dicari. saya aju soalan "kak, kat mana tempat liquid paper?". akak tu menjawab "kat sebelah kiri tu lah, cari ELOK-ELOK sikit, ada kat sana" dengan nada tegasnya. dalam hati nak je saya cakap, "saya tanya elok-elok, tak ada etika ke kak?" tapi sabar...alaa tak sabar pun, saya 'ejek' balik apa yang dia kata kat Mr.Ipoh "akak tu kata cari ELOK-ELOK kat rak tu" saya highlightkannya.. huarggh geram ok? terus Mr. Ipoh kata, "habis stok tu.." saja nk tenteramkan hati ni kot.. Tak boleh ke akak tu bangun dan carikan barang tu kat saya, dan baru dia decide barang tu ada ke tak? dia tak fikir ke saya ni dah cari barang tu baru bertanya..apa tugas diaorang sebenarnya?? susun barang kat rak je?? ..haa nak kena pelempang? hehe
samalah juga, saya cukup pantang kalau saya berada dalam satu majlis ilmuan atau majlis yang memerlukan diri kita untuk senyap dan mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan. tetiba ada orang buat bising, bercakap, berbisik. sungguh pantang! tak kiralah dia tu student master ke, student phd ke, kalau dah letak otak kat kaki, rasa nak tendang juga kan? apa saya buat, kes ni jadi kat utp masa tengah briefing student baru. boleh pula dia ni berborak kat depan. saya cuit bahu dia yang duduk depan saya, saya cakap "can you please keep quiet, i can't hear and concentrate....". student tu terdiam sekejap. rakan di sebelah kanan dan kiri masing-masing tergamam. Korang berani buat?? humm... pantang ok. ada otak tapi tak guna, belajar tinggi-tinggi tapi masih tak tahu bezakan benda yang baik dan tidak baik.
so kat sini nak cakapnya...even orang tu berkata-kata kesat yang sememangnya bermaksud kesat, ataupun orang tu menggunakan bahasa 'ok' sikit tapi sebenarnya kesat, atau orang tu tak guna akal sebelum mengeluarkan bahasa dari mulutnya samada bahasa itu indah atau tak... benda tu sama sahaja kalau ianya menyakitkan hati orang sekeliling.... tak kiralah orang tu ilmuan ke bangsawan ke tak de '-an' ke kat belakang, kalau maksudnya bertujuan untuk membuat orang lain sesak nafas, ianya tetap menyesakkan nafas.
motif membebel panjang macam ni? berani kerana benar, takut kerana salah..





0 comments:
Post a Comment